SuperScalper Comeback Dengan Seminar Fizikal Dow Theory Februari Ini!

Selepas penganjuran seminar Battle Royale pada Disember lalu menerima sambutan luar biasa, SuperScalper kini kembali dengan edisi lanjutan yang memberi tumpuan khusus kepada asas pergerakan pasaran yang lebih mendalam.

Seminar Battle Royale sebelum ini bertujuan memperkenalkan asas-asas trading kepada peserta, meliputi penerangan mengenai candlestick, sokongan dan rintangan serta struktur asas entry.

Kini, edisi baharu seminar di bawah jenama Ultimate Superscalper ini akan memberi tumpuan kepada Dow Theory, satu asas penting yang sering dirujuk dalam pembacaan trend tetapi jarang dihuraikan secara praktikal kepada umum.

Menurut pihak penganjur, Dow Theory memainkan peranan penting dalam menentukan arah pasaran serta memahami perubahan momentum. Teori berusia lebih seratus tahun itu digunakan secara meluas oleh penganalisis teknikal, namun ramai trader baharu lebih bergantung kepada indikator sehingga mengabaikan struktur pasaran yang lebih fundamental.

Dianjurkan Secara Percuma Dengan Deposit Refundable

Seminar akan berlangsung pada 14 Februari 2026 di Kuala Lumpur (TBA) dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Ia dianjurkan secara percuma, namun pendaftaran memerlukan deposit RM297 sebagai pengesahan tempat. Deposit berkenaan akan dipulangkan semula kepada peserta yang hadir.

Menurut kenyataan penganjur, pendaftaran akan ditutup serta-merta apabila kapasiti maksimum dicapai dan tiada penambahan tempat akan dibuat. Bagi mereka yang berminat, pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan berikut:

https://marubozutraders.onpay.my/order/form/ultimatesuperscalperfeb26

Dengan sambutan kukuh pada seminar Battle Royale Disember lalu, penganjur menjangka minat yang sama terhadap edisi Februari yang memberi tumpuan kepada asas pergerakan pasaran melalui Dow Theory. Seminar ini dijangka menarik minat trader yang ingin memahami pasaran secara lebih menyeluruh dan bukan sekadar bergantung kepada indikator teknikal.

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.

battle royaleseminarsuperscalper