Seminar SuperScalper Battle Royale ‘The Beginning’ kini kembali dianjurkan November ini, khusus buat orang ramai yang baru berjinak-jinak dalam dunia trading.
Seminar anjuran komuniti trader, SuperScalper ini merupakan tahap pertama bagi peserta berpengalaman kurang daripada setahun, termasuk mereka yang masih zero knowledge dalam bidang ini.
Antara pengisian utama yang bakal diberikan oleh Pakar Analisis Terkenal, Asyraf Arsad (AA SuperScalper) termasuklah dengan basic platform, asas dalam trade serta pembelajaran candlestick.
Ketiga-tiga topik berkenaan merupakan komponen penting untuk memahami pergerakan pasaran dan membuat keputusan yang lebih tepat.
Dengan yuran penyertaan sebanyak RM197, seminar ini juga menawarkan peluang kepada orang ramai untuk membina asas kukuh dalam trading sebelum melangkah ke tahap seterusnya.
Seminar SuperScalper Battle Royale ‘The Beginning’ ini akan berlangsung di sekitar Shah Alam dan pendaftaran kini telah dibuka kepada yang berminat.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari :
https://marubozutraders.onpay.my/order/form/battleroyale_nov25