Saham Malpac ‘Disenarai Hitam’ ? Dagangan Digantung Mulai 9 Disember Ini !

Saham Malpac Holdings Bhd tidak akan didagangkan di Bursa Malaysia mulai 9 Disember 2025 berikutan penggantungan urus niaga.
Bernama melaporkan, Bursa Malaysia, melalui pekeliling penyenaraiannya berkata, Malpac tidak menyerahkan pelan regularisasi kepada pihak berkuasa berkaitan untuk kelulusan dalam tempoh lanjutan sehingga 28 November 2025.

Foto : Bernama

Menurut laporan, Malpac meminta tempoh tambahan selama setahun, iaitu hingga 28 November 2026, untuk menyerahkan pelan regularisasinya kepada pihak berkuasa berkaitan.

Sumber : Bernama

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.

bursa malaysiaMalpacSaham