Netflix telah mengumumkan pengambilalihan Warner Bros bernilai hampir AS$82.7 bilion selepas pemisahan unit Discovery Global milik Warner, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut kenyataan bersama kedua-dua syarikat, perjanjian itu turut merangkumi operasi studio filem dan televisyen Warner Bros bersama perkhidmatan penstriman HBO Max dan HBO.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bersama Netflix, Ted Sarandos, menyatakan bahawa misi utama mereka adalah untuk menghiburkan masyarakat di seluruh dunia.
“Dengan menggabungkan rancangan dan filem luar biasa Warner Bros — daripada karya klasik seperti ‘Casablanca’ dan ‘Citizen Kane’ hingga kegemaran moden seperti ‘Harry Potter’ dan ‘Friends’ — bersama judul ikonik kami seperti ‘Stranger Things’, ‘KPop Demon Hunters’ dan ‘Squid Game’, kami akan dapat melakukannya dengan lebih baik.
“Bersama-sama, kami boleh memberikan penonton lebih banyak perkara yang mereka sukai dan membantu membentuk abad seterusnya dalam dunia penceritaan,” kata Sarandos.
Sumber : Bernama -dpa-
Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1
Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.