Nak Melabur Tapi Bajet Sikit ? Ini Pilihan Saham Bawah RM1 Untuk Pemula

Saham bawah RM1 kini menarik minat pelabur baharu yang ingin bermula dengan modal kecil, sekali gus menepis tanggapan bahawa pasaran saham hanya sesuai untuk golongan berkemampuan besar.

Foto : Google

Berikut merupakan antara saham bawah RM1 yang dianggap sesuai untuk pelabur baharu untuk memulakan langkah dalam pasaran.

  1. Pos Malaysia Bhd (RM0.28/unit)
    Merupakan syarikat nasional yang mengendalikan rangkaian perkhidmatan pos, pengangkutan dan logistik menjadikannya antara pemain utama dalam industri penghantaran negara.
  2. DF City Group (RM0.49/unit)
    Syarikat ini memberi tumpuan kepada pembangunan hartanah dan projek bandar, sekali gus menjadikan syarikat ini relevan dalam sektor pembinaan serta perumahan.
  3. Infraharta Holdings Bhd (RM0.095/unit)
    terlibat dalam bidang pembinaan serta infrastruktur, dengan fokus kepada projek yang menyokong pertumbuhan ekonomi domestik.
  4. MajuPerak Holdings Bhd (RM0.12/unit)
    Syarikat menjalankan pelbagai projek hartanah yang tertumpu di negeri Perak, termasuk pembangunan kediaman dan komersial.
  5. Sinaran Advance Group Bhd (RM0.03/unit)
    Dikategorikan sebagai syarikat kecil dengan risiko pelaburan yang agak tinggi, namun harganya yang rendah sering menarik minat pelabur bermodal kecil.
  6. Pharmaniaga Bhd (RM0.175/unit)
    Aktif dalam industri farmaseutikal melalui pembuatan ubat-ubatan, pengedaran dan logistik, selain mengendalikan peruncitan digital serta kontrak kerajaan.

Semua saham ini disahkan patuh Syariah oleh Suruhanjaya Sekuriti (Mei 2025), malah pelabur baharu boleh mula dengan modal bawah RM100 melalui pembelian minimum 100 unit, menjadikannya pilihan berisiko rendah untuk tujuan pembelajaran dan pendekatan ‘try and learn’.

Sebagai panduan, pelabur baharu digalakkan bermula dengan satu saham terlebih dahulu tanpa terburu-buru, di samping belajar membaca carta serta mengikuti berita syarikat.

Pemahaman mengenai turun naik pasaran juga penting kerana ia merupakan perkara normal, manakala aplikasi seperti Bursa Malaysia atau Bursa Academy boleh dimanfaatkan untuk menambah ilmu secara percuma.

Sumber : Majalahlabur

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :

https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.