CelcomDigi Bhd memaklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa ia telah menerima penguntukan spektrum daripada MCMC melibatkan 2x5MHz bagi jalur 1800MHz dan 2x20MHz bagi jalur 2600MHz, berkuat kuasa 30 November 2025.
Harian Metro melaporkan, syarikat itu turut menjelaskan bahawa bayaran komponen harga berjumlah RM292.5 juta telah dibuat kepada MCMC untuk kedua-dua jalur berkenaan.
Syarikat berkenaan berkata bahawa sepanjang tempoh penguntukan spektrum itu, ia akan melaksanakan pembayaran tahunan yang keseluruhannya berjumlah RM120 juta.
“Tempoh penguntukan spektrum iaitu sehingga 30 Jun, 2032 untuk jalur 1800MHz dan sehingga 30 Jun, 2027 untuk jalur 2600MHz.
“Ini akan membolehkan CelcomDigi memanfaatkan sumber strategik ini untuk memberi pengalaman pelanggan terbaik dalam industri selain memacu pertumbuhan yang mampan,” katanya.
CelcomDigi, dalam kenyataan lain, menyatakan bahawa penguntukan itu akan membantu memastikan rangkaiannya kekal berkeupayaan tinggi dan mampu menawarkan pengalaman pengguna yang lebih baik.
“Ia juga menegaskan komitmen syarikat terhadap pelaburan infrastruktur bagi memenuhi keperluan ketersambungan dan pendigitalan yang semakin meningkat di Malaysia.
“Syarikat mengucapkan terima kasih kepada kerajaan serta suruhanjaya di atas sokongan dan kepercayaan mereka terhadap penguntukan ini,” tambahnya.
Sumber : Harian Metro
Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1
Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.