Marubozu Traders Mencari ‘Pro Chartist Creator’, Tawar Ganjaran Lumayan Untuk Kandungan TA Berkualiti

Marubozu Traders kini membuka peluang kepada individu berbakat yang berminat dalam dunia pelaburan dan perdagangan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kandungan pendidikan mereka melalui pencarian ‘Pro Chartist Creator’.

Inisiatif ini bertujuan memperkasa komuniti pelabur dan trader tempatan dengan kandungan Technical Analysis (TA) yang lebih mudah difahami, kreatif serta bebas daripada elemen promosi.

Menurut kenyataan Marubozu Traders, calon yang terpilih perlu memiliki asas atau pengalaman dalam bidang saham, kripto, atau komoditi, selain yakin bercakap di hadapan kamera serta mampu menerangkan konsep TA dengan jelas dan menarik.

“Kami mahu hasilkan content TA yang benar-benar membantu komuniti faham pasaran dengan cara yang fun dan mudah, bukan sekadar promosi broker atau signal,” jelas pihak Marubozu Traders.

Calon juga perlu menunjukkan kreativiti dalam penyampaian, suntingan video, mematuhi standard dan garis panduan yang ditetapkan oleh syarikat.

Setiap video yang mendapat kelulusan akan diterbitkan dalam aplikasi MaruApps, sebuah platform pembelajaran TA daripada Marubozu Traders. Kandungan yang diterima akan diberikan ganjaran menarik, bergantung kepada kualiti video tersebut.

Format video terbahagi kepada dua kategori iaitu video pendek berdurasi antara 15 hingga 20 minit, dan video panjang berdurasi 60 hingga 120 minit.
Inisiatif ini turut memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk membina kerjaya sebagai content creator profesional dalam bidang TA, di samping memperkukuh ekosistem pembelajaran pasaran tempatan.

Sekiranya berminat untuk menyertai program ini, anda boleh hubungi admin Marubozu Traders melalui pautan WhatsApp berikut : https://wasap.my/60134721618/ProChartistCreator

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.

maruappsMarubozu TradersPro Chartist