Malaysia Makin Pantas, U-Mobile Naik Taraf Hampir 3,000 Tapak Dengan 5G !

U Mobile Sdn Bhd telah menambah baik sebanyak 2,976 lokasi dengan teknologi 5G, menjadikan liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 58.2 peratus sehingga 31 Oktober tahun ini.

Memetik laporan Bernama, Kementerian Komunikasi menerusi laman sesawang parlimen berkata, 11 bangunan kini telah dipasang dengan kemudahan 5G, dan lokasi-lokasi tersebut akan mula beroperasi secara berperingkat mengikut jadual pelaksanaan.

Foto : Malaysia News

Difahamkan, langkah ini menandakan permulaan fasa aktif dalam pengembangan rangkaian 5G di seluruh negara.

Kementerian itu memberikan jawapan kepada soalan daripada Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis) mengenai keadaan terkini rangkaian 5G di seluruh negara, termasuk perkembangan selepas U-Mobile dilantik pada awal 2025 dan maklumat terkini mengenai pemegang saham utama syarikat tersebut.

Sementara itu, kementerian juga menekakan bahawa dengan adanya dua rangakaian 5G, persaingan dalam telekomunikasi menjadi lebih sengit, selain dapat memperbaiki mutu perkhidmatan dan mendorong inovasi.

“Dengan adanya rangkaian 5G kedua yang dibangunkan oleh U Mobile, Malaysia dapat mempelbagaikan pilihan perkhidmatan, memastikan pengguna mempunyai akses kepada harga yang lebih kompetitif serta liputan yang lebih baik,” katanya.

Inisiatif ini bertujuan merapatkan perbezaan akses digital serta mendorong pertumbuhan ekonomi melalui pengukuhan infrastruktur digital, khususnya untuk kawasan luar bandar yang masih ketinggalan.

Sumber : Bernama

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.

5GMALAYSIAU Mobile