Usaha kerajaan mengekalkan kemampanan fiskal Malaysia untuk jangka panjang mendapat pengiktirafan daripada Bank Dunia, namun masih berwaspada dengan pengurangan perbelanjaan pembangunan (DE) dalam Belanjawan 2026.
Memetik laporan Bernama, Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia untuk Malaysia, Dr Apurva Sanghi berkata, penyatuan belanjawan adalah penting untuk mengurangkan defisit dan hutang kerajaan dengan menjadikan strategi seimbang sebagai kunci utama.
“Jika anda mengambil perspektif jangka panjang, bandingkan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dengan RMK13, kami mendapati DE sebenarnya telah turun.
“Purata DE tahunan dalam RMK12 ialah 4.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan dalam RMK13 pula adalah 3.3 peratus setahun,” katanya ketika ditemui pihak media, semalam.
Difahamkan, Sanghi antara ahli panel yang menyertai sesi sempena pembentangan Belanjawan 2026 di Parlimen pada Jumaat lalu.
Kerajaan sebelum ini memperuntukkan RM90 bilion bagi perbelanjaan pembangunan (DE) pada 2024, manakala dalam Belanjawan 2026, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan peruntukan lebih rendah sebanyak RM81 bilion untuk DE persekutuan.
“Perbelanjaan pembangunan telah menurun, dan itu adalah antara cara kerajaan mencapai sasaran defisit fiskalnya tetapi kami percaya bahawa mengurangkan pembangunan bukan cara yang ideal untuk mencapainya,” kata Sanghi.
Mengulas mengenai bagaimana Belanjawan 2026 dapat membantu syarikat tempatan menghadapi cabaran ekonomi global yang tidak menentu, Johan berkata belanjawan itu memberi fokus kepada sektor utama dan memperkukuh sokongan pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), seiring dengan aspirasi Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.
“Tumpuan utama diberikan merentasi pelbagai sektor walaupun tidak jelas, daripada ucapan utama dalam Belanjawan 2026. Perdana Menteri menekankan sektor semikonduktor, bidang yang bukan sahaja menerima peruntukan kerajaan, ia turut mendapat pembiayaan dan pelaburan daripada syarikat pelaburan berkaitan kerajaan,” tambah Johan.
Johan turut menambah bahawa tumpuan turut diberikan kepada usaha peralihan tenaga ke sumber yang lebih lestari serta pembangunan ekosistem syarikat pemula niaga.
Sumber : Bernama
Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1
Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.