Malaysia Airlines Umum Jualan Akhir Tahun, Tambang Murah Gila!!

Malaysia Airlines melancarkan Jualan Akhir Tahun Global sempena musim perayaan, bagi meraikan suasana pertemuan semula antara rakyat tempatan dan pelancong antarabangsa.

Kenyataan syarikat menyebut bahawa tempoh ini merupakan kesempatan terbaik untuk merancang perjalanan bermakna, sama ada pulang ke kampung atau meneroka lokasi idaman bagi tahun ini dan awal 2026.

Foto : Malaysia Airlines

“Tawaran istimewa ini membuka peluang kepada orang ramai untuk berhubung kembali dengan insan tersayang atau mengunjungi semula bandar kegemaran menerusi tawaran tambang yang cukup kompetitif.

“Inisiatif ini dilihat sebagai langkah strategik kami dalam merancakkan kembali sektor pelancongan negara,” katanya.

Tempahan tiket sudah dibuka sejak semalam dan akan berlangsung sehingga 22 Disember, sekali gus memberi ruang yang cukup kepada pelancong untuk menyusun perjalanan mereka seterusnya.

Menurutnya, promosi ini menawarkan penjimatan berbaloi meliputi pelbagai destinasi menarik, sama ada domestik mahupun antarabangsa.
Selain itu, ahli Enrich turut diberi keistimewaan menikmati akses awal eksklusif bermula 9 Disember hingga kelmarin.

Lebih menarik lagi, ahli program kesetiaan itu juga layak menerima diskaun tambahan lima peratus di atas tambang promosi, menjadikan tawaran ini lebih bernilai bagi mereka yang berdaftar.

Untuk pelancong yang berlepas dari Malaysia, tambang pergi balik Kelas Ekonomi ditawarkan serendah RM159.

Harga berpatutan ini memudahkan perancangan percutian hujung tahun dan pengembaraan awal tahun baharu dengan pengalaman yang sukar dilupakan. Promosi ini turut meliputi rangkaian destinasi antarabangsa popular seperti London, Tokyo dan Shanghai.

Untuk perjalanan serantau pula, pelancong boleh memilih destinasi seperti Bangkok dan Jakarta, selain lokasi percutian santai seperti Krabi, Siem Reap dan Cebu yang kini dihubungkan melalui Firefly dari KLIA Terminal 1.

Malaysia Airlines juga menawarkan nilai tambahan menerusi program Bonus Side Trip, yang membenarkan pelancong menikmati satu penerbangan ekstra tanpa tambang ke lapan destinasi domestik: Pulau Pinang, Langkawi, Alor Setar, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Kuantan dan Kuching.

Sehingga 31 Disember, program ini diperluaskan lagi untuk merangkumi laluan baharu Firefly termasuk Krabi, Siem Reap dan Cebu.

Selain potongan harga tiket, penumpang turut berpeluang menikmati diskaun 20 peratus bagi Pemilihan Tempat Duduk dan Akses Golden Lounge sehingga 22 Disember.

Diskaun ini meliputi tempat duduk dengan ruang kaki ekstra, tempat duduk basinet dalam pesawat A330neo, serta akses untuk berehat di Golden Lounge KLIA Terminal 1.

Sumber : Harian Metro

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.

Malaysia AirlinesPelancong