Langkah Berani Mati? Genting Pertaruhkan RM900 Juta Untuk Ambil Alih Genting Malaysia!

Genting Bhd berjaya mengumpul dana berjumlah RM900 juta menerusi terbitan nota jangka sederhana (MTN) bagi menyokong usaha pengambilalihan baki pegangan saham dalam Genting Malaysia Bhd.

Dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu menyatakan bahawa nota tersebut diterbitkan oleh Genting RMTN Berhad, anak syarikat milik penuh Genting, dan dijamin oleh syarikat induk.

Foto : Genting Malaysia

Terbitan terbaharu itu yang dikenali sebagai Tranche 5 mempunyai tempoh matang selama setahun dan diterbitkan pada nilai tara dengan kadar faedah sebanyak KLIBOR satu bulan ditambah 1.80 peratus setahun.

Genting berkata hasil bersih daripada terbitan tersebut akan digunakan untuk mebiayai sebahagian daripada pengambilalihan semua baki saham biasa dalam Genting Malaysia Berhad (tidak termasuk saham perbendaharaan) yang belum dimiliki oleh syarikat itu.

Difahamkan juga, tawaran pengambilalihan tersebut pertama kali diumumkan pada 13 Oktober 2025.

Sekadar info, Affin Hwang Investment Bank Berhad dan AmInvestment Bank Berhad bertindak sebagai Pengurus Utama bersama bagi terbitan tersebut.

Sumber : BusinessToday

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.

Genting Malaysia