Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan kadar dividen 6.15 peratus yang diumumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi simpanan konvensional dan syariah membuktikan kecekapan pengurusan pelaburan institusi itu.
Beliau berkata, pencapaian berkenaan turut mencerminkan tahap kepercayaan yang terus kukuh dalam kalangan rakyat terhadap sistem simpanan persaraan negara, walaupun persekitaran ekonomi global ketika ini berdepan pelbagai cabaran.
“Kerajaan MADANI menyambut baik prestasi ini dan akan terus melaksanakan dasar yang mampan bagi memacu pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan rakyat, agar setiap warga mampu merancang masa depan dengan lebih yakin dan bermaruah,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah engisytiharkan dividen 6.15 peratus untuk kedua-dua akaun simpanan konvensional dan syariah pada Sabtu. Agihan yang diperuntukkan berjumlah RM67.1 bilion bagi simpanan konvensional, manakala RM12.5 bilion untuk simpanan syariah.
Dengan pengumuman itu, jumlah keseluruhan dividen yang diagihkan bagi tahun kewangan berakhir 2025 mencecah RM79.6 bilion.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn, memaklumkan sepanjang 2025 KWSP merekodkan pendapatan boleh agih sebanyak RM82.7 bilion, meningkat 9.5 peratus berbanding RM75.5 bilion yang dicatatkan pada 2024.
Sumber : MalaysiaGazette
Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1
Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.