Konsert & Bola Sepak ‘Panjangkan’ Operasi Rel, Perbelanjaan Rapid Rail Cecah RM1.8 Juta!

Sepanjang tahun lalu, Rapid Rail Sdn Bhd memperuntukkan sekitar RM1.8 juta bagi memanjangkan tempoh operasi perkhidmatan rel susulan penganjuran pelbagai acara berskala besar di Bukit Jalil.

Kementerian Pengangkutan memaklumkan bahawa lanjutan waktu operasi perkhidmatan rel dilaksanakan sebanyak 11 kali sepanjang tahun lalu, khusus bagi menyokong penganjuran acara besar seperti konsert dan perlawanan bola sepak.

Foto ; Harian Metro

Difahamkan, Rapid Rail telah menjana kutipan tambang mencecah RM480,000 susulan operasi lanjutan berkenaan.

Kementerian berkenaan memaklumkan bahawa pendapatan kasar Rapid Rail sebelum diaudit berjumlah RM732.5 juta, dengan RM694.8 juta disumbangkan oleh kutipan tambang manakala RM26.7 juta diperoleh daripada sumber bukan tambang.

“Bagaimanapun, kos operasi bagi tahun lalu berjumlah RM1.3 bilion, menyebabkan Rapid Rail merekodkan defisit sebanyak RM603 juta,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Penjelasan tersebut dikemukakan bagi menjawab pertanyaan Tan Hong Pin (PH-Bakri) berhubung jumlah kutipan tambang Rapid Rail sepanjang tahun lalu, selain butiran pelaksanaan lanjutan waktu operasi perkhidmatan rel sempena penganjuran acara di Bukit Jalil.

Sumber : DagangNews

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.

Bukit JalilRapid RailRel