Pada 15 Ogos 2025, trader dan penganalisis pasaran, AA Superscalper (Asyraf Bin Arsad) telah dijemput menghadiri Majlis Kesyukuran sempena sumbangan beliau bagi menaik taraf Musolla SK Seri Mega, Kuala Lumpur.
Surau yang sebelum ini hanya dilengkapi kipas kini telah dinaik taraf dengan sistem penghawa dingin, memberikan keselesaan yang lebih baik kepada murid-murid dan warga sekolah untuk beribadah.
Menurut AA, sumbangan ini adalah hasil daripada keuntungan pelaburan yang diusahakan selama ini, sebagai cara mengembalikan manfaat rezeki kepada masyarakat.
“Alhamdulillah, rezeki dari pelaburan ini bukan hanya untuk diri saya. Saya mahu ia mengalir dan memberi keselesaan kepada orang lain, terutamanya generasi muda yang sedang menuntut ilmu,” ujar AA.
Majlis tersebut dihadiri oleh guru-guru, pelajar, ibu bapa, dan wakil komuniti setempat. Suasana penuh rasa syukur menyaksikan perasmian naik taraf musolla yang kini lebih selesa, sekaligus menjadi pusat ibadah dan pembentukan akhlak murid-murid.
💬 Mesej AA: “Kejayaan sebenar bukan hanya diukur pada keuntungan, tetapi pada manfaat yang kita salurkan kembali kepada masyarakat.”