Dari Disiasat ke Dijemput Jadi Rakan Strategik — Kisah & Tips AA Superscalper
Kalau anda pernah rasa “berdebar” bila dapat panggilan atau lawatan dari pihak berkuasa, anda akan faham betapa dramatiknya pengalaman ini. Koyak weii…
Bagi AA Superscalper, Ogos 2024 adalah bulan yang tak akan dilupakan…
Bayangkan…
📆 Satu pagi, lebih kurang jam 10, skitar 15 pegawai LHDN dari Cawangan Siasatan datang “berkumpulan” ke pejabat dan rumah secara serentak.
Bukan nak minum kopi, tapi nak buat audit mengejut.
AA kata, masa tu rasa macam “scene drama TV” — semua fail, dokumen, laptop kena semak.
Boleh tengok AA cerita detail di Tiktok : https://www.tiktok.com/@aasuperscalper/video/7497084685714017543
Apa Nak Buat Kalau Kena Ambush LHDN?
Pengalaman AA mengajar beberapa perkara penting:
1️⃣ Jangan Panik 😅
Bila panik, kita cenderung buat kesilapan kecil yang boleh beri persepsi buruk.
Ambil nafas, senyum, dan sambut mereka dengan baik.
2️⃣ Bagi Kerjasama Penuh 📂
Pegawai LHDN bukan musuh. Mereka cuma nak pastikan semua cukai & rekod betul.
Buka pintu pejabat, serahkan dokumen yang diminta, dan jawab soalan sejujurnya.
3️⃣ Simpan Rekod Kemas & Tersusun 🗂️
AA kata inilah penyelamat utama. Semua invoice, penyata bank, resit & laporan kewangan sudah siap dalam fail dan cloud.
Kalau dokumen bercampur-campur, proses akan lambat dan tekanan meningkat.
4️⃣ Gunakan Akaun Syarikat, dan Peribadi 💼
Elakkan campur urusan peribadi dengan bisnes. Ini memudahkan audit dan mengelakkan salah faham.
5️⃣ Lantik Penasihat Kewangan atau Akauntan 📊
Biar profesional uruskan fail cukai, kita fokus pada bisnes. Ini pelaburan yang berbaloi.
Nota : Pastikan respon pegawai mengikut timeline yang diberikan https://www.thestar.com.my/news/nation/2025/07/08/lhdn-advises-taxpayers-to-respond-within-deadline-during-audit
Akhirnya… Dari “Diperiksa” ke “Dipercaya”
Audit itu berlarutan beberapa minggu hingga bulan.
Hasilnya?
✅ Semua rekod telus & bersih.
✅ Tiada isu cukai tertunggak.
Dan yang paling manis…
📜 AA dilantik sebagai Rakan Strategik Hasil 2025 oleh LHDN — tanda keyakinan pihak berkuasa terhadap integriti dan profesionalisme beliau.
💬 Kata AA:
“Audit bukan hukuman, tapi peluang untuk buktikan kita bersih dan patuh undang-undang. Kalau kita urus bisnes dengan telus, tiada apa yang perlu ditakutkan.”