AA Menjalin Kerjasama Strategik dengan UiTM sebagai Pakar Pelaburan
[28 Nov 2024]
Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa AA telah memeterai kerjasama strategik bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam peranan sebagai Pakar Pelaburan, bagi memperkukuh pembangunan pengetahuan kewangan dan pelaburan di peringkat akademik serta masyarakat umum.
Kerjasama ini menandakan satu langkah penting dalam menyatukan kepakaran industri dan dunia akademik untuk memperkasa literasi kewangan, kemahiran analisis pasaran, dan pemahaman mendalam terhadap pelaburan moden di kalangan mahasiswa dan komuniti UiTM.
Skop Kerjasama
Sebagai Pakar Pelaburan, AA akan terlibat secara langsung dalam pelbagai inisiatif akademik dan profesional termasuk:
- Sesi ceramah industri dan kuliah jemputan dalam bidang pelaburan, pasaran saham, analisis teknikal, dan strategi dagangan;
- Pembangunan modul atau kandungan pembelajaran berkaitan pasaran kewangan sebenar;
- Latihan dan bengkel teknikal bagi pelajar dan pensyarah dalam aplikasi analisis teknikal dan pengurusan risiko;
- Bimbingan dan kolaborasi penyelidikan berkaitan pelaburan dan kewangan pasaran;
- Sumbangan kepakaran dalam forum dan simposium anjuran UiTM.
Kerjasama ini dijalankan selaras dengan aspirasi UiTM untuk melahirkan graduan berkualiti tinggi yang bersedia menghadapi cabaran industri kewangan dan pelaburan yang dinamik.
Sokongan UiTM terhadap Kepakaran Industri
Pihak UiTM menyambut baik kolaborasi ini sebagai satu usaha memperkukuh hubungan antara akademia dan industri, khususnya dalam memberikan pendedahan langsung kepada pelajar tentang amalan pelaburan sebenar dan keperluan pasaran kerja hari ini.
Penglibatan AA sebagai profesional berpensijilan antarabangsa seperti MSTA (Member of the Society of Technical Analysts) dan CFTe (Certified Financial Technician) menambah nilai besar dalam membimbing warga akademik UiTM agar selari dengan standard industri global.
Komitmen AA terhadap Pendidikan dan Pembangunan Profesional
Sebagai seorang yang telah lama berkecimpung dalam bidang pelaburan dan pasaran kewangan, AA percaya bahawa pendidikan adalah asas utama dalam membina komuniti pelabur yang berilmu dan beretika.
“Kerjasama bersama UiTM ini adalah satu peluang yang amat bermakna. Saya berbesar hati dapat berkongsi ilmu, pengalaman dan realiti industri pelaburan kepada generasi muda yang akan memacu masa depan ekonomi negara,” – AA