Kenderaan Terjejas Selepas Isi Minyak, Petronas Samarahan Ditutup Sementara

Syarikat itu berkata dalam kenyataan hari ini bahawa stesen berkenaan ditutup sementara untuk siasatan lanjut, namun kembali beroperasi pada hari yang sama.

Beberapa kenderaan dilaporkan terjejas susulan pengisian minyak di Stesen Petronas Samarahan Expressway di Kota Samarahan, Sarawak, menurut Petronas Dagangan Bhd (PDB).

Syarikat itu berkata dalam kenyataan hari ini bahawa stesen berkenaan ditutup sementara untuk siasatan lanjut, namun kembali beroperasi pada hari yang sama.

Foto : Gambar Hiasan

“PDB ingin memberi jaminan kepada pelanggan kami iaitu stesen Petronas yang lain terus beroperasi seperti biasa dan tidak terjejas.

“PDB jugak bertindak dengan menghubungi pelanggan yang terjejas dan mengambil langkah-langkah perlu bagi menyelesaikan perkara ini dengan segera,” kata syarikat berkenaan.

Sambil menegaskan komitmen mengambil serius perkara ini, syarikat berkenaan turut menyampaikan permohonan maaf yang ikhlas kepada semua pelanggan atas sebarang kesulitan.

Sebarang bantuan segera boleh diperoleh dengan menghubungi Mesralink di 1-300-88-8181.

Sumber : Bernama

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.

isi minyakPetronassamarahan