‘High Risk, High Return’ Tak Semestinya Untung! Ini Realiti Pahit Yang Ramai Trader Abaikan…

Ramai orang suka tengok potensi untung, tapi jarang nak tengok risiko. Bila dengar “High Risk, High Return”, terus terbayang duit berkepuk. Hakikatnyam risiko tinggi bukan bermaksud confirm untung besar. Ia cuma bermaksud peluang untung dan peluang rugi sama-sama besar.

Dalam pelaburan, especially saham dan IPO, risiko adalah kompas yang menentukan hala tuju keputusan kita. Lagi jelas kita faham risiko, lagi bijak langkah pelaburan kita.

Foto : Janaan AI

Sebelum beli saham atau mohon IPO, pelabur WAJIB faham apa ancaman yang boleh menjejaskan :

Kelangsungan Syarikat

Adakah syarikat mampu bertahan 5–10 tahun lagi?
Kalau syarikat sendiri tak stabil, macam mana nak jaga kepentingan pelabur kan?

Pergerakan Harga Saham

Harga saham bukan naik setiap hari. Jika risiko berlaku macam lesen ditarik, kilang terbakar, bos lari, harga saham boleh jatuh dalam sekelip mata.

Disebabkan itu, prospektus IPO sentiasa ada bahagian khas “Risk Factors”. Sayangnya, bahagian inilah yang ramai skip sebab nampak panjang dan bosan. Padahal di sinilah terletaknya amaran awal sebelum kita mula melabur.

Risiko ni boleh datang dalam pelbagai bentuk. Bila kita kenal risiko, barulah kita tahu syarikat mana kuat, mana yang rapuh.

1. Risiko Operasi (Masalah Dalam Operasi Harian)

Ini pasal kerja harian dalam syarikat.
Contoh:

  • Mesin rosak lama
  • Bekalan bahan mentah terganggu
  • Gudang banjir

Walaupun nampak simple, bila operasi tergendala, duit tak masuk. Tapi kos masih berjalan. Ini boleh bagi tekanan besar pada syarikat.

2. Risiko Kewangan (Hutang & Cash Flow)

Ini risiko paling ketara.
Kalau syarikat banyak hutang dan faedah bank hampir sama dengan keuntungan, itu dah bahaya.

Ada syarikat nampak “untung” atas kertas, tapi duit sebenar tak ada sebab pelanggan bayar lambat.
Untung tak berguna kalau cash flow sangkut.

3. Risiko Pasaran & Industri

Kadang-kadang syarikat ok, tapi industri dia tenggelam.
Contoh:

  • Syarikat surat khabar fizikal vs dunia digital
  • Industri hartanah time ekonomi lembap
  • Syarikat pelancongan masa pandemik

Kalau industri jatuh, syarikat pun ikut jatuh walaupun pengurusannya bagus.

4. Risiko Pengurusan (Leadership Problem)

Ini pasal orang yang memimpin syarikat. Kalau pengurusan tak kompeten, tak jujur atau lemah, syarikat susah nak maju. Bos yang salah boleh bawa kapal karam.

5. Risiko Peraturan

Syarikat yang bergantung pada lesen dan permit kerajaan lebih terdedah.
Contohnya:

  • Rokok
  • Pembalakan
  • Fintech

Sekali kerajaan ubah polisi seperti naik cukai, tarik lesen terus pendapatan syarikat terjejas.

6. Risiko Bergantung Pada Satu Pelanggan

Kalau satu pelanggan bagi 70–80% pendapatan, itu red flag besar. Kalau pelanggan tu tarik diri, syarikat boleh hilang punca pendapatan dalam sekelip mata.

7. Risiko Teknologi & Keselamatan Data

Sekarang semua digital.
Isu seperti:

  • Data bocor
  • Sistem kena hack
  • Cyberattack

boleh jatuhkan reputasi syarikat.

8. Risiko ESG (Environmental, Social, Governance)

Pelabur besar sekarang sangat jaga isu ESG. Kalau syarikat terlibat dalam pencemaran, buruh paksa, atau salah tadbir urus, saham mereka boleh dikeluarkan dari indeks pelaburan. Bila itu berlaku, harga saham biasanya akan jatuh.

Kesimpulannya, Melabur bukan sekadar pilih saham yang “nampak menarik”. Ia perlukan ilmu, kajian, dan disiplin.

Dengan faham risiko:

  • kita elakkan syarikat bermasalah
  • kita buat keputusan lebih rasional
  • kita bina portfolio yang lebih kukuh

Sebelum beli apa-apa saham, tanya diri:
“Apa risiko yang saya ambil?”

Jawapan kepada soalan itu lah yang akan menentukan sama ada kita pelabur berjaya atau pelabur yang menyesal kemudian hari.

Sumber : Mahersaham

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.

RisikoSahamtrader