Harga runcit RON97 ditetapkan pada RM3.11 seliter, turun 5 sen, manakala RON95 tanpa subsidi dikurangkan 2 sen kepada RM2.54 seliter bagi tempoh 8 hingga 14 Januari 2026. Sementara itu, harga diesel di Semenanjung juga turun 5 sen kepada RM2.89 seliter.
Menurut Kementerian Kewangan, harga runcit RON95 bersubsidi di bawah program BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter.
Difahamkan, Sabah, Sarawak dan Labuan mengekalkan harga runcit diesel pada RM2.15 seliter.
Kerajaan akan memantau perubahan harga minyak mentah dunia dan melaksanakan langkah sesuai demi menjaga kebajikan serta kesejahteraan rakyat.
Sumber : Malaysiagazette
Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1
Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.