Hampir 99% Trader Gagal! Ingat Jalan Singkat Kaya, Rupanya Shortcut untuk Muflis

Hampir 99 peratus individu yang menceburi bidang trading berdepan kegagalan apabila terperangkap dengan persepsi mudah buat duit tanpa memahami asas teknikal analisis dan risiko pasaran sebenar.

Menerusi perkongsian di Facebook, Pakar Teknikal Analisis (TA), Asyraf Arsad @ AA SuperScalper berpendapat masih ramai yang melihat trading sebagai jalan pintas untuk kaya dengan hanya bermodalkan telefon pintar dan sedikit modal.

Namun, beliau menegaskan bahawa hakikat sebenar bidang tersebut jauh lebih mencabar kerana penuh risiko serta memerlukan ilmu dan proses pembelajaran yang mendalam.

“Semua nak jadi trader. Katanya duit senang, tekan-tekan handphone, duit terus masuk. Semudah ABC 123. Modal kecik, tapi untung besar… tak kesah trader apa..saham ke crypto ke forex ke index ke..sama.. ni selalu kita dengar

“Tapi realiti tak seindah khabar dari rupa. Bila dah terjebak, ramai sangkut.. takde jalan keluar,” jelasnya.

Tambahnya, masih ramai trader baharu terlalu yakin boleh cepat untung hanya berbekalkan ilmu asas singkat, sedangkan pasaran jauh lebih kompleks dan berisiko.

“Kita belajar 3-5 hari dalam seminar, tarik trendline, baca guna RSI, auto rasa boleh buat duit juta-juta..tidak derrr.. banyak lagi nak kena belajar. RSI pun boleh lipat. Trendline pun boleh tembus.. ini takde siapa pun bagitau,” katanya.

Selain itu, AA turut mendedahkan ada trader yang sudah lama berkecimpung mula berasa bijak walaupun asas masih lemah, lalu terus mengulangi kesilapan analisis hingga rugi besar dan akhirnya kembali kepada kerja hakiki selepas modal hangus.

Beliau berkata, kurang daripada 1% trader yang betul-betul serius dalam mengkaji, membaca serta membuat backtest sebelum masuk pasaran, sekali gus menyebabkan hanya segelintir yang mampu berjaya.

“Bukan nak kata saya betul, tapi cuba tanya diri sendiri, berapa ramai yang betul-betul rajin belajar? Sejujurnya, kurang 1% yang betul2 buat..sebab tu la ratio trader berjaya cuma 1%.

“Bila saya redesign semula SuperScalper, saya asingkan ikut level supaya ilmu lebih mudah diserap dan trader lebih bersedia.

“Nasihat saya, fokus belajar rajin-rajin, baca buku dan berguru dengan trader yang sudah terbukti berjaya. InsyaAllah semua orang boleh capai kejayaan,” tambahnya lagi.


kayatrader