CHECKMATE ! Mahkamah Sahkan Kemenangan MCMC ke Atas Pentadbir Edisi Siasat & Edisi Khas

Selepas gagal hadir dan mengemukakan pembelaan terhadap kes yang difailkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberikan Penghakiman Ingkar Pembelaan terhadap pentadbir saluran Telegram Edisi Siasat dan Edisi Khas.

Menerusi portal DagangNews, MCMC berkata, mahkamah telah mengeluarkan beberapa perintah utama, termasuk deklarasi bahawa pentadbir kedua-dua saluran Telegram tersebut membenarkan penerbitan dan pengedaran kandungan memudaratkan yang memberi kesan kepada institusi awam serta pegawai awam di negara ini.

Foto : Business Today

“Mahkamah turut memberikan injunksi mandatori yang mengarahkan pentadbir untuk menurunkan serta-merta dan secara kekal semua kandungan berunsur palsu, mengancam dan memudaratkan yang telah diterbitkan,” katanya hari ini.

Mahkamah juga menetapkan injunksi larangan yang melarang pentadbir, bersama ejen, pekerja atau rakan mereka, daripada menyebarkan semula kandungan lama atau menghasilkan sebarang kandungan baharu yang boleh memudaratkan.

Difahamkan, mahkamah juga mengarahkan taksiran ganti rugi bagi menetapkan jumlah ganti rugi am dan teladan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Beliau menegaskan bahawa keputusan itu menunjukkan kebebasan bersuara di media dalam talian mempunyai batasnya, dan ia tidak boleh digunakan untuk menyebar fitnah, ugutan, pemerasan atau maklumat palsu yang menjejaskan reputasi, keselamatan awam, dan keharmonian masyarakat.

Sumber : DagangNews

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.

MahkamahMCMC