Bursa Malaysia Umum Penutupan Operasi Sempena Krismas & Tahun Baharu

Bursa Malaysia Bhd bersama anak-anak syarikatnya akan menutup operasi pada 25 Disember 2025 sempena cuti umum Hari Krismas serta pada 1 Januari 2026 berikutan cuti Tahun Baharu.

Foto : Bernama

Dalam satu kenyataan hari ini, Bursa Malaysia memaklumkan bahawa operasi dagangan akan disambung semula pada hari bekerja berikutnya selepas setiap cuti umum berkenaan.

Namun begitu, dagangan bagi pasaran utama Bursa Gold Dinar (BGD) dan Bursa Suq Al-Sila (BSAS) akan terus beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh cuti tersebut.

Sumber : Bernama

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.

bursa malaysiaKrismasTahun Baharu