BNM Sedia RM2.5 Bilion Dana Baharu, Peminjam Kali Pertama Jadi Tumpuan

Bank Negara Malaysia (BNM) menyediakan dana tambahan sebanyak RM2.5 bilion di bawah Dana BNM bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dengan tumpuan penyalurannya kepada peminjam kali pertama.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu mengalu-alukan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan amanat Tahun Baharu 2026 mengenai dana tambahan tersebut dan pengenalan skim jaminan pembiayaan.

Foto : Janaan AI

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, bank pusat itu menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan amanat Tahun Baharu 2026 berkaitan penyediaan dana tambahan berkenaan serta pelaksanaan skim jaminan pembiayaan.

“Setakat ini, BNM berjaya menyediakan pembiayaan konsesi sebanyak RM32.4 bilion untuk menyokong akses pembiayaan PKS menerusi institusi kewangan peserta, terutamanya perusahaan mikro dan kecil yang berdepan dengan kekangan pembiayaan.

“Oleh itu, penambahan itu meningkatkan peruntukan di bawah Dana BNM kepada RM34.9 bilion,” katanya.

Sehubungan itu, Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan bahawa ia kini menumpukan kepada sokongan berteraskan jaminan, dengan sasaran menyediakan sehingga RM10 bilion pembiayaan yang dilindungi jaminan.

Bank pusat berkenaan menjelaskan, peralihan kepada mekanisme jaminan kredit itu dijangka memperluaskan akses pembiayaan kepada lebih banyak PKS, termasuk golongan usahawan baharu serta peminjam yang pertama kali memohon pembiayaan.

“Skim ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) dan institusi kewangan,” jelasnya.

Sumber : Bernama

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.

Bank Negara MalaysiaDanaPeminjam