Berita Baik Untuk Rakyat! SARA Kembali Dengan Tambahan Makanan Sejuk Beku

Kerajaan memutuskan untuk menambah jenis barangan di bawah inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan memasukkan produk makanan sejuk beku.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga memaklumkan bahawa jumlah kedai runcit kecil yang terlibat dalam program itu akan diperluaskan sehingga mencecah 10,000 buah menjelang akhir tahun ini.

Foto : BuletinTV3

“Bermula hari ini, 9 Februari 2026 hingga 31 Disember 2026, semua 22 juta warganegara Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima RM100 melalui MyKad.

“Namun, ramai membangkitkan supaya diperluaskan kategori barangan jadi, sukacita diumumkan, kerajaan bersetuju meluaskan kategori barangan SARA merangkumi makanan sejuk beku,” katanya.

Tambah beliau, penambahbaikan program SARA memberi manfaat kepada pelbagai golongan masyarakat, dan meskipun jumlah bantuan yang diterima setiap individu tidak besar, impaknya tetap signifikan kepada keseluruhan rakyat.

“Bayangkan 22 juta rakyat dapat, ini peringkat kedua SARA untuk semua. Jumlahnya kecil, tapi kita nak santuni semua.

“Kalau campur kesan perbelanjaan SARA dan STR (Sumbangan Tunai Rahmah), jumlahnya RM15 bilion. Itu bukan kecil,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, pentadbiran tetap mengutamakan kawalan kewangan yang ketat, serta mengelakkan sebarang perbelanjaan melampau yang boleh memberi tekanan kepada kestabilan fiskal negara.

“Kita cuba sedaya upaya. Nak bayar banyak sekali gus, tak boleh. Kita tak mahu defisit, kita urus. STR pun. Semua kementerian tahu, kita cermat dalam belanja,” katanya.

Difahamkan juga, perancangan bantuan tersebut dibuat dengan mempertimbangkan keperluan masyarakat menjelang musim perayaan, termasuk sambutan Tahun Baharu Cina dan Ramadan.

sumber : BuletinTV3

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.

Makanan SejukrakyatSARA