Bantuan SARA Laku Keras ! Nilai Perbelanjaan Cecah RM3.66 Bilion Setakat November Ini

Setakat 3 November, sebanyak 98 peratus penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara telah menggunakan MyKad meretakjka untuk membeli barangan asas dengan jumlah perbelanjaan mencecah RM3.66 bilion.

Berita RTM melaporkan, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memaklumkan bahawa semua penerima SARA di Perlis, Sabah, Kelantan, Terengganu dan Kedah telah menggunakan bantuan tersebut untuk membeli barangan asas.

Foto : BERNAMA

Jelas beliau, seramai 18.3 juta atau kira-kira 83 peratus penerima telah memanfaatkan bantuan SARA bernilai RM100 dengan jumlah perbenlanjaan sebanyak RM1.69 bilion.

“Kerajaan sentiasa memastikan manfaat SARA itu bukan hanya kepada penerima bantuan tetapi turut menyokong peniaga kecil, kedai runcit persendirian dan kedai koperasi. Setakat 3 November juga, inisiatif itu berjaya melibatkan lebih 8,700 Rakan Niaga SARA termasuk sekitar 2,500 kedai runcit kecil di seluruh negara.

“Ini peningkatan besar berbanding 700 Rakan Niaga SARA termasuk 180 kedai runcit kecil pada tahun lepas. Antara koperasi yang menjadi Rakan Niaga SARA termasuklah Coop Mart, Koperasi Penjara Berhad, Koperasi FELCRA dan Koperasi FELDA Sungai Koyan 2,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat dasar bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Sumber : Berita RTM

Untuk lebih banyak info semasa/kewangan, sertai saluran Telegram kami di sini :
SuperScalper INFO: https://t.me/+HoMthHADXd02MTg1

Penafian : Penulisan/ bahan bacaan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja.

BantuanPerbelanjaanSARA