Lebih 1,000 Peserta Sertai Kelas Percuma “Battle Royale” oleh AA Superscalper di Shah Alam
Shah Alam, 30 April 2023 – Suasana Shah Alam gamat dengan kehadiran lebih 1,000 peserta dari seluruh negara yang menyertai kelas mega percuma bertajuk “Battle Royale: Kelas Teknikal Analisis Pasaran Global”, yang dianjurkan oleh tokoh pelaburan tersohor, Asyraf bin Arsad atau lebih dikenali sebagai AA Superscalper.
Program intensif selama 2 hari itu berlangsung di IDCC, Shah Alam, dan bertujuan untuk memberi pendedahan secara menyeluruh kepada peserta mengenai analisis teknikal, pengurusan risiko, dan strategi pelaburan global yang relevan dengan pasaran semasa termasuk saham, Index,ETF dan kripto.
Apa yang menarik, kelas ini diadakan secara percuma sebagai inisiatif pendidikan oleh AA untuk memperkasakan komuniti pelabur runcit, terutamanya golongan muda dan mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia dagangan.
“Battle Royale bukan sekadar nama. Ia adalah simulasi realiti pasaran — penuh tekanan, persaingan, dan peluang. Saya mahu peserta keluar dari sini bukan hanya dengan ilmu, tetapi juga mentaliti sebenar seorang pelabur berdisiplin,” kata AA semasa sesi pembukaan.
Sepanjang dua hari tersebut, peserta didedahkan kepada topik-topik seperti:
- Struktur pasaran global dan sentimen semasa ekonomi,
- Penggunaan indikator teknikal popular secara profesional,
- Psikologi dagangan & disiplin kawalan emosi,
- Kajian langsung carta (live chart analysis) dan simulasi “trading battle”.
Turut hadir dalam program ini adalah beberapa trader profesional tempatan, alumni kelas AA, serta wakil dari komuniti pelabur yang pernah mendapat manfaat daripada sesi bimbingan beliau.
Reaksi peserta sangat positif, dengan ramai memuji pendekatan AA yang interaktif, praktikal dan mudah difahami – walaupun topik yang dibentangkan bersifat kompleks dan mendalam.
“Tak sangka kelas percuma boleh padat dengan isi macam ni. Banyak benda baru saya belajar tentang strategi teknikal yang betul,” ujar seorang peserta dari Johor.
Kejayaan program “Battle Royale” ini menjadi bukti komitmen AA dalam membina komuniti pelaburan yang lebih berilmu, beretika, dan bebas dari penipuan kewangan.