4 Cara Efektif Bebas Hutang

Siapa tidak pernah berhutang?

Masa Belajar ambil Hutang PTPTN, habis belajar masuk kerja ambil Loan Kereta, sebelum khawin ambil Loan Rumah, tak cukup bayar komitment ambil pinjaman kad kredit.

Kini, hidup dengan hutang pinjaman bukan sesuatu yang luar biasa tetapi realitinya, berhutang tidak menjadi masalah jika anda mempunyai disiplin yang tinggi serta strategi pembayaran yang betul.

Sampai satu masa Hutang boleh menjadi sesuatu yang stress sampai teringin sangat untuk melangsaikan hutang secepat mungkin demi mencapai kebebasan kewangan kan?

Ok Jom kita kenali 4 cara Efektif untuk Bebas Hutang secepat mungkin supaya anda tidak terus terperangkap dalam kitaran pembayaran hutang.

Teknik ‘Avalanche’

Teknik pertama merupakan teknik ‘avalanche’ yang dipopularkan oleh seorang penasihat kewangan terkenal di Amerika. Apa maksud teknik ‘Runtuhan Salji’ ini? Ringkasnya, anda perlu fokus untuk habis bayar pinjaman yang mempunyai kiraan kadar faedah tertinggi dahulu.

Jadi jika anda jenis seseorang yang rimas dengan jumlah faedah tinggi, boleh cuba teknik ini.

Langkah-langkah untuk mengaplikasikan teknik ‘avalanche’:

  1. Senaraikan semua hutang anda bersama jumlah dan kadar faedah. Susun dan dahulukan hutang yang mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi.
  2. Rancang bajet bulanan anda dengan teliti. Gunakan duit lebihan untuk selesaikan hutang dengan kadar faedah tertinggi.
  3. Anda juga perlu lakukan pembayaran minimum untuk hutang-hutang anda yang lain.
  4. Setelah selesai membayar hutang dengan kadar keuntungan tertinggi, ulangi langkah di atas sehingga semua hutang selesai.

Teknik ‘Snowball’

Jika teknik ‘avalanche’ sesuai untuk anda yang ingin menghindari bayaran faedah berganda, teknik ‘snowball’ pula sesuai jika anda ingin melupuskan akaun hutang dengan baki terendah, tanpa mengira kadar faedah.

Contohnya, anda ada baki hutang kad kredit sebanyak RM2000, dan satu hutang pinjaman peribadi sebanyak RM6000. Dalam situasi ini, anda sewajarnya berusaha untuk melangsaikan hutang kad kredit anda dahulu kerana nilai baki hutangnya yang kurang berbanding hutang lain.

Langkah-langkah untuk mengaplikasikan teknik ‘snowball’:

1. Senaraikan semua hutang , susun dan dahulukan hutang yang mempunyai nilai baki paling sedikit.

2. Sertakan juga kadar faedah untuk setiap hutang anda.

3. Rancang bajet bulanan anda dengan teliti. Gunakan duit lebihan untuk selesaikan hutang dengan nilai baki paling rendah.

4. Setelah selesai membayar hutang dengan nilai baki terendah, ulangi langkah di atas sehingga semua hutang selesai.

Teknik ‘Snowflake’

Sesuai dengan namanya, teknik snowflake ini bermaksud melakukan bayaran mikro menggunakan duit lebih yang anda ada pada setiap hari, minggu atau bulan. Contohnya, membayar RM10 ekstra untuk baki kad kredit anda tanpa menunggu tarikh bayaran. Dengan teknik ini, anda boleh melangsaikan hutang lebih cepat tapi mengikut kemampuan sendiri.

Teknik ini sesuai jika anda baru bekerja, freelancer atau bekerja secara sambilan. Siapa tahu, mungkin anda boleh selesaikan hutang anda tanpa sedar dengan teknik kurang komitmen ini!

Langkah-langkah untuk mengaplikasikan teknik ‘snowflake’:

  1. Senaraikan hutang dan rancang cara pembayaran dengan teliti.
  2. Pastikan anda membuat pembayaran minimum untuk kesemua hutang anda.
  3. Anda boleh bayar lebih jika mampu. Contohnya, ada baki RM20, RM50 dalam bajet mingguan atau bulanan? Gunakan wang itu untuk bayar hutang anda.
  4. Teruskan strategi ini sehingga semua hutang selesai.

Teknik Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)

Teknik terakhir yang akan kami komi kongsikan di sini ialah teknik penyatuan hutang. Jika anda mempunyai banyak hutang yang perlu dibayar, teknik ini amat memudahkan urusan anda.

Seperti namanya, penyatuan hutang menyatukan kesemua hutang anda menjadi satu pembiayaan peribadi yang baharu. Dengan teknik ini, anda menggunakan wang dari pinjaman peribadi anda yang baharu untuk langsaikan hutang sedia ada.

Ia juga dapat ringankan komitmen kewangan bulanan anda dan skor kredit anda boleh diperbaiki. Hal ini demikian kerana anda boleh fokus untuk bayar satu akaun hutang dan dapat jimat kadar faedah.

Langkah-langkah untuk mengaplikasikan teknik penyatuan hutang:

  1. Semak baki hutang anda. Hal ini termasuk baki tertunggak, kadar keuntungan, dan jumlah ansuran bulanan hutang tersebut.
  2. Dapatkan jumlah baki keseluruhan.
  3. Semak kelayakan, pilih dan mohon pinjaman peribadi yang baharu.

Mulakan Perjalanan Ke Arah Hidup Bebas Hutang

Ketahuilah, tiada jalan pintas untuk langsaikan hutang. Pahit untuk ditelan, tetapi itulah realitinya. Tetapi amalkan strategi pengurusan yang telah saya kongsikan ini supaya anda boleh bebas hutang.

Oleh itu, segera kenal pasti dan pilih teknik penyelesaian hutang yang terbaik untuk anda. Ingat, proses membayar hutang bukanlah proses yang singkat, dan ia memerlukan disiplin serta kecekalan yang tinggi.

Dapat sesuatu?

PASTIKAN anda Join Telegram SuperScalper SEKARANG untuk lebih Tips-Tips Technical Analysis dari AA SuperScalper!

Penafian: Penulisan sumber dari Cimb

Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis: Farah Firoz

kewangan